Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin air Asam Boi Spacial

Sebenarnya kami mendapat tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 9 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Air Balang Kahwin  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Majlis Perkahwinan bermula 11.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 9 jenis air minuman telah tersedia.. sila pilih sila rasa silalah menjamu dahaga....
Mari lihat lebih Jelas Air Balang tersebut ...Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak
Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memanglaris dapat sambutan gak
Jagung dan Keladi turut menjadi buruan penggemarnya.. pun dapat sambutan yang amat baik
Hawaii Blue dan Tembikai susu pun sedap gak... kalau nak tahu cuba lah try ye
Teh bunga ni pun ada gak... kira termasuklah senarai air yang top mendapat sambutan...

Wahhhh makcik sabar ye... pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...
tengok abang tu... ni kira kami snap gambar abang tu tengah minum air... tengok sampai bangun dari duduk lah sedap sangat kut...
Cuma ramai yang kepeningan nak pilih mana satu semuanya sedap-sedap belaka... wahhh banyak pilihan katakan...
Pasukan kompang Penduduk Kampung Sungai Tongkang mengiringi ketibaan Pasangan Pengantin...
Yang jarang-jarang kelihatan tu Gemelan Jawa di alunkan sepanjang majlis bersanding dan makan beradap pengantin berlangsung....
asyik gak dengar muzik Gemelan Jawa ni... wehhh sangat Tradisional betul lah.. jarang sangat di ketengahkan..
Persembahan silat pengantin dari bebudak silat... belum lagi trip orang dewasa buat persembahan lagi..
Apa pun Terima Kasih sekali lagi atas jemputan dan tempahan tuan rumah pengantin... Terima Kasih pada keluarga Puan Saadiah Mohd Amin memberikan kepercayaan pada kami untuk menyediakan minuman dan menu petang tersebut... Harapan kami moga Tuan rumah berpuas hati dan respon yang baik dari tetamu yang hadir amatlah mengalakkan.. banyak yang puji... Alhamdulillah ... Kami usahakan yang terbaik untuk anda semua...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Asam Boi
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

 Ni air asam boi Spacial antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air asam boi spacial habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah .... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi

Cara-cara
Potong apple hijau dan buang bijinya.
Blend bersama air dan gula
Kemudian masukkan kedalam jug.
Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

3 comments:

  1. Salam..mcm mana nak bagi air tu warna oren mcm dalam gambar... nak tya asam kecut merah dgn asam boi ada beza ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Nak tanya..
    Ayaq hawaii blue tu ayaq pa?? Cam sedap la pulak tgk ni..
    Boleh mintak resepi dakk??
    Ayaq katira tu pon blum pernah rsa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ambik tempahan ayaq kt ampa pon.. ni kmi ni dah la duk jauh.. duk di utara..ampa duk di Batu Pahat,Johor na..
      Tula..jdi kmi nk minx resepi ja buleh dakk??

      Delete