Seperti biasa lah saya nak citer sikit pasal side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang".. Syukur Alhamdulillah dapat satu lagi tempahan dari seorang kenalan untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan di Kampung Teluk Kerang, Pontian. Kali ni tak banyak air yang dipinta, kesemuanya 5 jenis air minuman telah tersedia..Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...
Masih sibuk melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam...
Ambik ajer kat atas tu siap dah tuangkan dalam cawan..
Kadang-kala tu tetamu sampai tak tau nak pilih yang mana berkenan
Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis
Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Teh Bunga
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Teh Bunga ini lebih sedap kerana aroma bunga yang wangi serta rasanya yang lebih sedap berbanding teh daun.. Khasiat teh bunga ini adalah dapat membersihkan badan serta dapat menyejukkan badan pada waktu panas.. Memang elok sangatlah untuk cuaca macam sekarang nie..
Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
-Tea bunga cap super
-10-20 bunga krisantimum
-sedikit sahaja Rose Buds
-sedikit sahaja wolfberry dan longan kering
-gula batu (kuning)
-gula batu (putih)
-madu lebah
-air panas
Cara penyediaan:
-basuh sekejap sahaja bunga krisantimum dan Rose Buds
-masukkan bunga krisantimum dan sedikit sahaja Rose Buds dalam air panas
-biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
-masukkan sedikit sahaja wolfberry dan longan kering
-masukkan pemanis (gula batu kuning dan putih) mengikut citarasa anda
-masukkan lebih madu untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
-boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
salam kenal ..
ReplyDeleteAssalamualaikum. nak tanya kalau tempah dengan u all, cawan akan disediakan oleh pihak u all atau tidak? berminat nak tempah pada majlis saya 10.11.12.
ReplyDeleteNak tanya, kalau tak letak gula batu putih atau kuning, letak gula pasir jak, bole ker?? Dan satu soalan lagi, d mana saya bole cari tea bunga cap super?? Ada bahan lain sebagai penganti?? Daerah saya tiada jual...
ReplyDelete