Tuesday, September 4, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin 9

Alhamdulillah lepas jer cuti Hari Raya dan Hari Merdeka dapat satu tempahan air balang kenduri kahwin..  Rasanya segan nak tolak permintaan orang walaupon cuti raya tak habis lagi...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
 Air Balang Kahwin ....  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan di Parit Makuasang, Sri Bugis, Benut, Pontian.. Menurut Tuan Rumah, beliau pernah pergi ke sebuah kenduri perkahwinan, masa tu Tuan Rumah tengok perkhidmatan air balang kenduri kahwin kami kat tempat tersebut.. Kemudian masa nak buat kawin anak dia call dan terus buat tempahan.. Kali ni Tuan Rumah menempahan sebanyak 10 jenis air minuman .. Sepertimana macam kat bawah ni..
Sampai ajer depan umah pengantin buat persiapan dan siap bancuh air tu.. Habis siap ajer dah ramai yang nak merasa...Ok kat kenduri ni memang sambutan hebat tak menang tangan nak layan tetamu… Ramai betul…
Bagi saya Tuan Rumah sangat memang sempoi dan baik hati... Cuma apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak Tuan Rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada Tuan Rumah yeee... 
Sebenarnya Saya amat tertarik dengan juadah makanan kat kenduri tersebut... ada Burasak dan lepat loe ni makanan masyarakat Bugis.. Burasak dan lepat loe ni hanya ada pada waktu hari raya ajerr... Seperti lontong daun pisang diperbuat dari nasi... wahhh merasa lah makanan tersebut unik betul sedap tau... 
( macam dalam gambar dibawah yang bertanda bulat )

Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..  Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua..

 
 
So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

5 comments: