Tuesday, February 14, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin- Resepi Air Trio Buah

Minggu lepas ajer dapat satu lagi tempahan dari seorang kenalan untuk kenduri perkahwinan..Syukur Alhamdulillah.. Makin kerap dan murah rezeki kami...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
 Air Balang Kahwin ....  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Lokasi  Air Balang kami  berada dekat Majlis Perkahwinan  di Kampung Baru,Pekan Penerok, Pontian. Lokasi ini pertama kali baru kami sampai.. Di harap ianya juga menjadi sebahagian promosi untuk mendapat tempahan pada masa akan datang... Insya Allah..

Tempahan kali ini sebanyak 8 jenis air minuman telah tersedia..


 Ok bermulalah tugas kami melayan para tetamu yang hadir , Memang sibuk sikit lahhh
Yang pasti kami gembira melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam...
 Memang tak putus-putus tetamu menyerbu, memang tak menang tangan lahhh
Air dah macam-macam warna, macam -macam rasa... Jadi kena rasa dulu pastinya nak lagi..
Kadang-kala tu tetamu sampai tak tau nak pilih yang mana berkenan.. Ambik ajerr semua di jamin sedap..

Bukan setakat minum disitu ajerr... Malahh para tetamu boleh ambik air-air balang yang telah di bungkuskan.. Boleh bawak balik tau..
Borong sakan nampaknya memilih air yang hendak di bawa balik... Ambik ajerr mana yang berkenan jangan malu-malu jangan segan..

Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air  Trio 
( Campuran Buah-buahan )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Ni Air Trio ( air campuran buah-buahan) antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Cara nak buatnya agak senang, simple dan mudah ajerr.. Bukan sahaja menghilangkan dahaga, bahkan baik untuk
kita kerana ianya terdiri dari pelbagai campuran buah-buahan.
Bahan-Bahan Air Trio Campuran Buah-buahan
-Isi buah tembikai
-Epal merah
-Nenas
-Tembikai susu
( kesemua dipotong dadu ) 
-Perasa kodial mangga
-1 tin laici
-1 cawan nata de coco (perasa laici)
-Air gula 
-Ais batu 


Cara Menyediakan 
-Memula, potong dadu isi tembikai, epal merah, nenas, tembikai gaulkan kesemuanya ..
-Kemudian  nata de coco dan laici tin kacau dan gaul mesra.  
-Masukkan air secukupnya.. 
-Masukan sedikit perasa kodial mangga dan air gula secukup rasa.. 
-Masukkan kiub ais dan sedia untuk dihidangkan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

1 comment: