Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin- Resepi Air Hawaii Blue


Musim orang cuti sekolah .. time tu lah musim orang kahwin... Seperti biasa lah saya nak citer sikit pasal side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang".. Syukur Alhamdulillah dapat satu lagi tempahan dari seorang kenalan untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
 Air Balang Kahwin ....  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan di Taman Mas Merah, Pontian.. Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...
Ni masa tetamu datang memang kena serbu ... bila nampak macam-macam jenis air tersedia biasanya agak rambang mata.. kalau boleh kesemuanya nak dirasa...  
Dalam kesibukan melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam air.. Pilihlah... pilihhh.... Yang pasti ramai yang kata semua sedap belaka tau...  
Insya Allah... kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..  
Biasa lah kalau kanak-kanak kecil pasti teruja nak merasa.. tak kisah lahh... kalau nak rasa kesemua jenis air pun bolehh...
 
Kami Ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai tersebut... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )
 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Hawaii Blue
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Hawaii Blue antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Cara nak buatnya agak senang, simple dan mudah ajerr.. Bukan sahaja menghilangkan dahaga, bahkan baik untuk
membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang juga turut membantu untuk menyahtoksik dalam badan sebabnya bahan utama air ni adalah air kelapa muda …
Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
Bahan-bahan:
-100ml air dan isi longan tin
-200ml air kelapa
-100ml sirap gula
-50gm isi kelapa - diracik halus
-Sedikit perahan lemon / hirisan lemon
-Pewarna biru secukupnya
-Kiub ais secukupnya  

Cara memasak:
1. Satukan kesemua bahan air dan isi longan tin, air kelapa, isi kelapa yang diracik halus tadi. Dan kalau nak lebih sedap lagi masukan sedikit perahan lemon atau hirisan lemon di dalam gelas
2. Kemudian kacau rata dan barulah dimasukkan pewarna biru secukupnya.3. Akhir sekali, masukkan kiub ais dan sedia untuk dihidangkan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

2 comments: