Wednesday, March 14, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin - Resepi Air Cendol

Syukur Alhamdulillah.. Semakin hari semakin memberangsangkan permintaan air balang kami .. Kali ni dapat satu lagi tempahan  untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
 Air Balang Kahwin ....  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tempahan tersebut dari Majlis Perkahwinan  di Kampung Peradin,Telok kerang, Pontian. Juga merupakan lokasi pertama kali baru kami sampai.. Moga ianya juga boleh dianggap sebahagian promosi untuk mendapat tempahan pada masa akan datang... Insya Allah..

Kali ni tuan rumah menempahan sebanyak 10 jenis air minuman .. Sepertimana macam kat bawah ni..

Setiap kalinya memang agak sibuk melayan tetamu meminta air yang dipinta..  ianya adalah servis kami pada para tetamu..

Suasana agak ramai memang meriah.. tambahan pula tumpuan tertumpu pada air balang kami... memang ramai teruja mengambil air...
Banyak pilihan membuatkan ramai tetamu mencuba kesemua jenis minuman tersedia.. yang pastinya percuma ( free) tuan rumah dah bayar kami cuma hidangkan ajerr..

Semakin ramai yang  datang untuk menikmati air minuman terhidang, apa pun ramai yang puji sedap-sedap belaka.. kami anggap ini respon yang baik dari para tetamu..

Semakin petang semakin laris... kami gembira melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus tetamu menyerbu, memang tak menang tangan lahhh

Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Cendol Istimewa
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Ni air cendol antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Air cendol is a very good to drink when we are in hot day because it taste very sweet and cold. Jadi seperti biasa kami kongsi resepi nak buat air cendol tersebut..


Bahan-bahan untuk membuat air cendol:
Bahan-bahan:
Cendol
santan dicampurkan sedikit garam
Jagung dalam tin
Kacang merah dalam tin
Cincau

Bahan air gula:
300g gula melaka - dicincang
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara membuatnya:
-untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut
-biar sejuk
cara menghidangnya
-letak cendol, jagung tin, kacang merah tin dan cincau di dalam gelas
-tambah kiub ais
-tuangkan santan bercampur garam dan air gula
-sedia dihidangkan 
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

1 comment: