Monday, March 26, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin- Resepi Air Teh Bunga Chrysanthemum


Seperti biasa lah saya nak citer sikit pasal side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang".. Syukur Alhamdulillah dapat satu lagi tempahan dari seorang kenalan untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
 Air Balang Kahwin ....  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan di Kampung Teluk Kerang, Pontian. Kali ni tak banyak air yang dipinta, kesemuanya 5 jenis air minuman telah tersedia..

 Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...
 Masih sibuk melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam...
 Ambik ajer kat atas tu siap dah tuangkan dalam cawan..
  Kadang-kala tu tetamu sampai tak tau nak pilih yang mana berkenan
Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..

 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )

 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Teh Bunga
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air teh bunga antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Nama popularnya teh bunga krisantimum (Chrysanthemum Tea) 
Teh Bunga ini lebih sedap kerana aroma bunga yang wangi serta rasanya yang lebih sedap berbanding teh daun.. Khasiat teh bunga ini adalah dapat membersihkan badan serta dapat menyejukkan badan pada waktu panas.. Memang elok sangatlah untuk cuaca macam sekarang nie.. 
Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
-Tea bunga cap super
-10-20 bunga krisantimum 
-sedikit sahaja Rose Buds
-sedikit sahaja wolfberry dan longan kering
-gula batu (kuning)
-gula batu (putih)
-madu lebah
-air panas

Cara penyediaan:
-basuh sekejap sahaja bunga krisantimum dan Rose Buds
-masukkan bunga krisantimum dan sedikit sahaja Rose Buds dalam air panas
-biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit 
-masukkan  sedikit sahaja wolfberry dan longan kering
-masukkan pemanis (gula batu kuning dan putih) mengikut citarasa anda
-masukkan lebih madu  untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
-boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
 Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

3 comments:

  1. Replies
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. Assalamualaikum. nak tanya kalau tempah dengan u all, cawan akan disediakan oleh pihak u all atau tidak? berminat nak tempah pada majlis saya 10.11.12.

    ReplyDelete