Monday, March 26, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin - Resepi Air Milo Spacial


Syukur Alhamdulillah.. Sejak-sejak ni agak sibuk sikit kerana memenuhi permintaan perkhidmatan air balang kami .. Kali ni dapat satu lagi tempahan untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tempahan tersebut dari Majlis Perkahwinan di Kampung Parit Marjunit Darat,Benut, Pontian. lokasi kali pertama baru kami sampai.. Dan di harapkan berterusan mendapat tempahan pada masa akan datang di sana... Insya Allah..
Kali ni tuan rumah menempahan sebanyak 12 jenis air minuman .. Sepertimana macam kat bawah ni..  
Oleh kerana Majlis perkahwinan ini mempunyai tempat yang luas dan para tetamu yang di jemput  dalam jangkaan amat ramai...  jadi kami terpaksa buat 2 meja berasingan.. Supaya ianya memudahkan para tetamu mengambil air minuman tanpa bersesak tertumpu padat pada satu tempat sahaja.. jadi lebih hampir lagi dengan meja hidangan..
  
Segala persiapan penyediaan air minuman sudah tersedia diatasnya.. tinggal nak pilih yang mana satu dan ambil ajerr
  
Setiap kalinya memang agak sibuk melayan tetamu meminta air yang dipinta.. ianya adalah servis kami pada para tetamu.. 
  
Bila dah banyak pilihan membuatkan ramai tetamu mencuba kesemua jenis minuman tersedia.. memang tak menang tangan lahhh 
  
Nampaknya ramai tetamu teruja untuk menikmati air minuman terhidang, apa pun ramai yang puji sedap-sedap belaka.. kami anggap ini respon yang baik dari para tetamu.. Diharap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati....

Nak ucapkan terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi AirMilo Spacial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Ni air milo antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Walaupun orang kata penyediaan air milo orang kata mudah tetapi cara kami agak berbeza dari kebiasaan(special sikit) ... Seperti mana yang semua tahu.. Air milo merupakan minuman untuk tenaga...dalam iklan TV cakap " minum milo anda sihat dan kuat"..... Jadi seperti biasa kami kongsi resepi nak buat air milo tersebut..

 
( Untuk 1 Jug 5-6 orang) Bahan-bahan
4 sudu besar Milo
2 sudu besar serbuk cocoa van houten
1 sudu kecil nescafe
6 sudu besar susu cair (kalau nak lagi lemak, bubuhlah lebih)
2 sudu kecil Vanila
Gula kalau nak lagi manis
ketulan ais
Untuk Hiasan
whipping cream (dalam tin - spray)
Choc rice
Cara-cara :
Satukan semua bahan –bahan tersebut, pastu tambah air panas dalam jug, tunggu sejuk seketika dan akhir masuk ketulan ais hancur. Kalau rajin setiap satu cawan dihidangkan dengan krim putar (whipping cream) dan chocolate rice diatasnya. Baru lebih berselera nak minum...
 Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

7 comments:

  1. Replies
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. hi boleh tolong pm saya ke alamak email ni x?? urgent

    playtoy87@gmail.com

    ReplyDelete
  3. terbaik bro, idea air balang utk kenduri kawin ni memang terbaik! moga terus success.

    ReplyDelete
  4. resepi milo sejuk paper cup mcm resepi lori milo nestle dulu tahu tak.mohon resepi ..kongsi

    ReplyDelete
  5. resepi milo sejuk paper cup mcm resepi lori milo nestle dulu tahu tak.mohon resepi ..kongsi

    ReplyDelete