Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin Air Durian Belanda

Salam pada pembaca Blog kami...Seminggu cuti sekolah ni musim orang buat kenduri kahwin..Alhamdulillah murah rezeki bisnes kami kali ni, kami Syukur dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan... Ini Kali kedua Tuan Rumah panggil kami buat air.. menu kali ni adalah Tea bunga piece, Milo ais, Laici, Katira, Air cikong sejuk, Jagung, Asam boi, tiga menu baru ABC ROCK, Air LIME dan Jus Durian Belanda...  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Air Balang Kahwin ....  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak... Kebiasaannya kami mendapat tumpuan pengemar kalangan kanak-kanak, memang mendapat sambutan .. Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau... Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje... Waktu kemuncak adalah pada pukul 2.00petang hinggalah pukul 3.30 petang.. amat sesak premis minuman kami...Para Petugas kami sedang bertungkus lumus melayan kehendak tetamu jemputan.. Tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak.... tak putus kunjung tiba.... amat meriah tak susut pun orang ramai penduduk kampung yang hadir.... Tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak.... tak putus kunjung tiba.... amat meriah tak susut pun orang ramai penduduk kampung yang hadir.... Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang yang penuh pada mulanya susut dan terus susut.... larissss-larissss... Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Otai .... Orang lama tapi suaranya amat mantap sekali....suaranya memang amat merdu sekali Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua.. Sama cocuk sama padan... Warna pink tema kali ini ...So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
Resepi Air Durian Belanda
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
 Ni air Jus Durian Belanda antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni Jus Durian Belanda habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah ....Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...

 

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan isi durian belanda
  • 3 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • secukup air masak
  • 1 biji lemon - ambil jus atau hiris saja
  • 2 sudu madu
  • ketulan ais secukup nya

Cara-cara

  1. Isi durian belanda,gula dan 3 cawan air dimasak mendidih dan sejukkan.
  2. Ketika menghidang,bubuh seberapa banyak campuran durian belanda ke dalam jug dan campurkan secukup air masak,ketulan ais dan secukup jus lemon dan 2 sudu madu.Kacau sebati.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

No comments:

Post a Comment

Post a Comment