Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin Air Laici Kang

Alhamdulillah murah rezeki bisnes kami kali ni, kami Syukur dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan...Dah banyak tempat dah merata kenduri kahwin lah... Kali ni Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air balang Kahwin..  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
Seperti biasa Majlis Perkahwinan bermula 10.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 6 jenis air minuman telah tersedia.. . Mula lah kerja kerja penyusunan set meja dan bancuh air... Ade kelainan sikit kali ni .... kali ni semua orang perempuan sebagai pelayan tetamu dan tukang ceduk air... hah ni semua terdiri daripada family aku sendiri... bisnes family katakan... baru meriah dan ade kelainan sikit kan... Dah siap sepenuhnya menu kali ni adalah Hawaii Bleu, Milo ais, Laici, Katira, Air Asam boi dan istimewanya ade Air soya dan Cikong sejuk..... Air Hawaii blue telah di upgradekan sikit lebih sedap dari biasa.... air asam boi tu memang dah sah sedapnyerr... Air Milo memang kemestian... Air Katira memang jadi tread mark kami pun... Dua menu baru yang kami bawa khas kali ini iaitu Air soya dan Air cikong sejuk... Jangkaan kami selalunya meja kami penuh sesak ngan tetamu yang nak ambil air.... Majoritinyer mengatakan banyak variasi pilihan sampai tak tahu nak pilih mana satu... Woooo sangat lah sesak dan sibuk sekali.... melayan tetamu mendapatkan minuman.... kira tak menang tangan lahhh sambutan menggalakkan... Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau...  Memang ramai tetamu yang hadir.... penuh semua meja tu.... Biasalah paluan kompang mengiringi mempelai .... Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua.. Sama cocuk sama padan... ...So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..  

Ni air cikong antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air cikong habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah .... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...  
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Resepi Air Cikong atau Laici Kang 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 
Bahan -bahannya
4 biji kembang semangkuk
1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
12-14 biji buah mata kucing ( kering )
7-8 ketul buah kabung/kundur
6-7 biji Buah Laici
10 biji Laici,
10 biji Kurma cina
Sedikit Barli, sedikit biji selasih
Sedikit gajus digoreng atau kekacang
Sedikit Kismis
Satu uncang Tea cina
Cincau dipotong kecil-kecil
Sedikit Biji teratai 
 
Cara membuatnya
rendam kembang semangkuk , selama 1 jam sehingga betul-betul kembang didalam periuk yg berisi 1/12 - 2 jag air.
buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya
masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yg berisi air kembang semangkuk tadi masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih setelah mendidih
masukkan pula sedikit tea cina, gula batu, Kurma cina, cincau, barli,biji selasih, buah kabung/kundur, kacang, kismis, biji teratai dan kacau.
tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dgn air dan bolehlah padamkan api. sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing
     Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

    No comments:

    Post a Comment