Salam pada pembaca Blog kami... agak lama kami tak berblogging... Maaf kerana sejak dua tiga minggu ni kami agak sibuk memenuhi permintaan dan tempahan menyediakan Perkhidmatan Membuat air minuman di beberapa lokasi majlis perkahwinan sekitar Daerah Pontian, Daerah Batu Pahat dan Daerah Kulai... ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang lagi....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya kami mendapat tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat Pekan Lima Kedai, Gelang Patah.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 6 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta..
Majlis Perkahwinan bermula 11.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 6 jenis air minuman telah tersedia.. sila pilih sila rasa silalah menjamu dahaga....
Mari lihat lebih Jelas Air Balang tersebut ...Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak..Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memang laris dapat sambutan gak
Wahhhh makcik sabar ye... pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...
Untuk menjawab soalan ni Air katira ni ni Secret resepi yang berasal turun termurun dari keluarga kami . hah air katira yang kami buat ni mengandungi Kembang semangkuk, getah anggur (katira) gula batu dan banyak lagi bahan-bahan herba lain
Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina. Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.
Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..
Pengantin lelaki dah sampai dahhhhh..... Segak berbaju merah beb... muka berseri-seri nampaknyer... diarak ngan paluan kompang..
Sebelum sampai ke pelamin ada drama sikit. Cara orang Johor meraikan pengantin agaknya. Pengantin di kenakan tol sebelum sampai ke pelamin. Terdapat 3 tol hari itu. Tol yang pertama terletak di bawak pintu gerbang. Ada 4 orang sedara mara pengantin perempuan menunggu kat situ.
Tol Plus Kedua ohhhhh makcik-makcik ni mintak duit tol lahhhhh.... pokai lahhh kalau cam tu pengantin lelakinya lagi ramai yang tunggu depan tu...
Tol paling last perlu di bayar wooooo.... untuk mak andam plakkk.... mak andam tu pau pengantin lelaki lah lahhh...
...Kami di sini ucapkan Selamat Pengantin baru pada mereka berdua...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air katira
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air katira antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air katira habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah ....Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
- Gajus, Badam atau dan buah semangkuk
- Barli, buah kundur atau buah kabung
- kismis
- biji selasih
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"
No comments:
Post a Comment