Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin Air Jambu Batu

 
Salam pada pembaca Blog kami...Agak lama tak buat entry terbaru..Sejak sehari dua cuti hari Buruh ramai orang ambil kesempatan buat kenduri kahwin.. Itu yang kami agak sibuk sedikit...Alhamdulillah murah rezeki bisnes kami kali ni, kami Syukur dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan...Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak... 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
Air Balang Kahwin ....
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 
Menu kali ni adalah Air Jambu Batu (Guava), Laici, Asam Boi, Katira, Milo, Tembikai Susu, Jagung, Cikong sejuk, ABC Rock dan Lime..
 

Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau...  
Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...  
Waktu kemuncak adalah pada pukul 2.00petang hinggalah pukul 3.30 petang.. amat sesak premis minuman kami...Para Petugas kami sedang bertungkus lumus melayan kehendak tetamu jemputan..  
Tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak.... tak putus kunjung tiba.... amat meriah tak susut pun orang ramai penduduk kampung yang hadir....
Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang yang penuh pada mulanya susut dan terus susut.... larissss-larissss... 
 
Kebiasaannya kami mendapat tumpuan pengemar kalangan kanak-kanak, memang mendapat sambutan ..  
Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...  
Sepanjang majlis berlangsung tetamu di hiburkan dengan Tarian Zapin non stop memang menjadi adat kemestian majlis perkahwinan Johor... best sangat...  
Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua.. Sama cucuk sama padan... Warna Merah hati tema kali ini ...So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Jus Jambu Batu
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Jus Jambu Batu antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni Jus Jambu Batu habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah ....Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
 

Bahan-bahan ( 1 jug plastik )

  • 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
  • 2 liter air
  • 1 1/2 - 2 senduk gula pasir
  • sedikit pewarna hijau
  • Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris - secukupnya
  • Air batu secukupnya

Cara-cara

  1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
  2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing. Tambahkan air batu siap untuk diminum
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

2 comments:

  1. Hye admin,,nak buat air jambu satu balang tu bersamaan bape jug plastik?

    ReplyDelete