Salam pada pembaca Blog kami...Alhamdulillah murah rezeki bisnes kami kali ni, kami Syukur ..... kami banyak mendapat perkhidmatan menyediakan perkhidmatan Bisnes air minuman dan katering masakan kenduri amat menggalakkan... itu yang kami agak sibuk sejak kebelakangan ini...MInggu lepas aje kami agak sibuk memenuhi permintaan dan tempahan menyediakan Perkhidmatan Membuat air minuman Satu majlis perkahwinan dekat area Pekan Ayer Baloi, Daerah Pontian, Johor... Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 10 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta.. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Suasana kampung yang tenang damai, meriah hidup bergotong royong.... Seperti biasa Majlis Perkahwinan bermula 10.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 10 jenis air minuman telah tersedia..
Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
First .... Kebiasaannya kami mendapat tumpuan pengemar kalangan kanak-kanak yang amat gemar Air Asam Boi, Air Hawaii blue dan Milo Ais memang mendapat sambutan ..
Pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memang laris dapat sambutan gak... Ambik abang-abang semua... kakak-kakak... Macik makcik....
Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..
Tetiba kedengaran deruman enjin motorsikal berkuasa besar memecah riuh rendah majlis tersebut... Sebuah motorsikal besar sebagai marshal rombongan konvoi kelab Motosikal Johor Bahru.. Satu persatu masuk...
Drummm...Drummmmm.... bersusun sesak motor parking berbaris kat depan umah pengantin.... Bila dikira lebih 25 biji kesemuanya... banyak tuuuu... Rombongan konvoi ahli club motor besar memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.....
Tetiba sekali lagi kami digemparkan dengan suasana riuh rendah..... bunyi Tembakkan berdas-das keudara....bertalu talu tampa henti.... Suasana gempar,panik dan tegang bila mana tetamu yang hadir terpinga-pinga....bingung.... Bang... bang... bunyi tembakkan amat jelas kuat kedengaran..
Bang.. bang...bang... makin hampir kuat kedengaran ... Rusuhan mula berlaku.... penuh dikerumuni orang ramai bersesak-sesak... ini bukan terorist atau kumpulan pengganas... tapi ini adalah adat budaya orang kampung ni menyambut ketibaan pengantin.... kat kampung ni tiada paluan kompang cuma ade acara tembak-tembak mengiringi kedatangan pengantin lelaki .... unik kan pelik sesangat.... memang brutal ala-ala mafia kahwin plak rasanya..... gangstar punya tread mark... tak pernah dibuat orang pun..
Pengantin lelaki dah sampai dahhhhh..... Segak berbaju coklat beb... muka berseri-seri nampaknyer... diarak ngan tembakkan berdas-das .. apa pun seperti adat silat pengantin masih ada.... budaya melayu kita masih tetap segar lagi...
Acara persandingan dimulakan.....Kami di sini ucapkan Selamat Pengantin baru pada mereka berdua mempelai...
Tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak.... tak putus kunjung tiba.... amat meriah tak susut pun orang ramai penduduk kampung yang hadir....
Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau...Di ambang akhir majlis..... air dalam balang yang penuh pada mulanya susut dan terus susut.... larissss-larissss... Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air bandung Spacial ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air bandung antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Bila minum air sirap bandung ni bersama ais terasa sungguh segar lebih-lebih lagi bila tekak tu tengah dahaga……banyak yang puji enak rasanya...
Kalau korang nak rasa cuba korang buat sendiri... ni resepi kami cuba kongsi bersama anda semua....
Bahan-bahannya :
air masak
air gula
cordial sirap Ros Laici,
Barlie,
Cincau,
Biji selasih dan nata de coco susu sejat (tak kisah brand ape pun)
air gula
cordial sirap Ros Laici,
Barlie,
Cincau,
Biji selasih dan nata de coco susu sejat (tak kisah brand ape pun)
ice cream soda
ketulan air batu
setitik perasa valina
ketulan air batu
setitik perasa valina
Cara-caranya..
1. Okay versi untuk secawan aje tau.. letak air masak separuh daripada cawan yang digunakan. Pastu bancuh lah air gula (ikut kemanisan masing-masing) dengan kordial sirap ros serta dengan susu sejat ( sampai jadi warna bandung tau) masuk sikit vanila
2. Masukkan buah laici, barlie, biji selasih, Nata De COCO dan cincau
3. Masukkan aiscream soda ( sampai rasa anak tekak hehe )
4. Masukkan ais ... dan boleh laa diminum...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"
bagus, akak nak cuba buat hari2, akak dah nak pencen ni, cuma kalau boleh untuk pengusaha baru letakkan harga bahan mentah sekali sebagai modal permualaan...dan senang nak budget
ReplyDelete