Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Majlis Perkahwinan Air Mata Kucing

 
Lama kami tak ber blog ni... Al - maklum cuti panjang kan... Sebenarnya kami agak kesibukan dengan side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang ".. Syukur dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan dan rumah terbuka raya... 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Air Balang Kahwin .... 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
kami telah mendapat tempahan di sebuah Majlis Perkahwinan di Parit Getah, Benut, Pontian Johor untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 9 jenis air minuman telah tersedia.. 
 
Dah siap sepenuhnya menu pelbagai warna dan rasa minuman untuk dinikmati para tetamu yang hadir..  
Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...  
Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang ... larissss-larissss... Sebabnya mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..  
Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau...  
Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...  
Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak..Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memang laris dapat sambutan gak  
Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..  
Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua.. Sama cocuk sama padan... Warna purple tema kali ini ...So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Mata Kucing
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air mata kucing atau longan antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Ada khasiat tentang minuman air mata kucing ni... Bagus untuk sejukkan badan dan untuk Ibu-ibu yg sedang pregnant juga bagus minum mata kucing atau longan kering ini (tapi kena berpada-pada jugak, jangan berlebihan). Khasiat lain boleh kebahkan demam, menambah nafsu makan & mencegah anemia. Buah mata kucing atau longan ini mengandung zat besi, magnesium, fosfor, potassium, vitamin A dan c, tiamin, kalsium, serat, protein.
 
Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
BAHAN-BAHANNYA:
Sebungkus longan kering
Sebungkus Red Dates
Sedikit buah loh hon guo
sedikit Laici dan buah kismis
Sepeket wolfberry
Sebiji gula batu
Gula pasir secukup rasa
Gula Merah Secukupnya
* Boleh beli longan dan Red Dates kering kat kedai cina jual herba (sheng shei) Sepeket RM5, ada yang RM 18 dan ada yang baik sikit harganya RM 25
CARANYA: 
-Basuh bersih buah longan kering + kurma merah+buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis+ wolfberry -Rebuskan longan+kurma merah+ buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis + wolfberry bersama air.
-Biarkan buah longan hingga kembang.Letak gula batu sebiji.
-Masukkan gula merah secukupnya
-Letak gula pasir secukup rasa. (ikut citarasa samaada nak manis atau manis-manis buah jerk)
-Rebus sampai kembang.Angkat dan sejukkan.
-Boleh di minum seisi keluarga.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

No comments:

Post a Comment