

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang kawin..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Seperti biasa Majlis Perkahwinan bermula 10.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 10 jenis air minuman telah tersedia.. Dan 2 jenis air panas... Mula lah kerja kerja penyusunan set meja dan bancuh air...








▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Tembikai Susu Spacial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Tembikai susu antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air tembikai susu habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah .... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
BAHAN
1 biji - Tembikai Susu (Honeydew)
1 tin - Susu Cair Ideal Milk
1/2 tin kecil - Susu Pekat (klu honeydew anda dah manis, guna 1/4 tin susu je)
Manik Sagu (Sego Pearls) - ikut suka
suku dari Tembikai Susu dipotong dadu (kecil2) - ikut suka
CARA
1. Potong honeydew untuk dimasukkan ke dalam blender. Tapi jangan lupa tinggalkan suku tembikai untuk ditabur didalam jus tu nanti (potong kecil)..kalau ada extra lg bagus..
2. Masukkan honeydew + susu cair + susu pekat ke dalam blender. Blend kan. Selesai blend, masukkan ia ke dalam bekas dan ketepikan.
3. Didihkan air di dalam periuk yang berasingan. Lepas tu, masukkan sego pearls. (jangan terlalu lama takut sagu jadi hancur dan likat)
4. Kacau sebentar dan kalau manik tu dah nampak mcm transparent, angkat dan tapiskan. Cuci sepintas lalu dengan aliran air paip (air sejuk).
5. Masukkan manik sagu ke dalam bekas yg berisi honeydew yg telah di'blend' itu tadi.
6. Akhir sekali, masukkan lah isi honeydew extra yg telah dipotong kecil itu td. boleh juga letakkan beberapa ketulan ais utk bg lebih sejuk
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"
Ni rsepi utk satu balang besar macam dalam gambar ke? Sebab nk buat time knduri kawen nnti..
ReplyDeleteblh campor air berapa banyak bro?
ReplyDelete