Tuesday, January 17, 2012

Air Balang Kenduri Kahwin Resepi Air ABC Rock

 
Semenjak ni kami agak sibuk sikit .. Musim orang cuti sekolah .. time tu lah musim orang kahwin... Sebenarnya kami agak kesibukan dengan side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang ".. Syukur Alhamdulillah dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan..  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Air Balang Kahwin .... 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
Ok Antara lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan dekat Dewan Jubli Intan Pontian baru-baru ni... 
 
Ni tengah sebuk sikit bancuh air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin.. kesemuanya 10 jenis air minuman telah tersedia..
 
 Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...  
Biasa lah kalau kanak-kanak kecil pasti teruja nak merasa... Selalu yang bebudak kecil ni nak minum air Milo ais ajerr..
 
Hah .. Ni masa tetamu datang memang kena serbu dan berbaris tetamu nak ambik air... perrgghh tak terlayan beb...
 
Masih sibuk melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam... Kan banyak pilihan ... Tinggal pilih nak air yang mana...
 
kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... Yang pasti ramai yang kata semua sedap belaka tau...
 
Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang ... larissss-larissss... Sebabnya mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..  
Boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
 
Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee... Kami Ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai tersebut...  
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Youtube majlis perkahwinan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dengan kesempatan ni juga saya sediakan satu video youtube semasa Majlis Perkahwinan tersebut berlangsung..( Boleh Klik kat bawah ni )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Resepi Air ABC Rock ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬  
Ni air ABC Rock ( Air Batu Campur ) antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Rasa nya tak susah kalau nak buat sendiri tapi agak banyak sikit ingredient. Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
 
BAHAN-BAHAN ( Hanya untuk 2 cawan)
Ketulan ais atau ais kisar
1 sudu halwa kundur
1 sudu halwa buah pala atau buah kabung
2 sudu air gula Melaka
2 sudu Ibu Sirap
2 sudu susu sejat
1 sudu jagung atau cendol
1 sudu sagu masak atau biji selasih
2 sudu kacang merah atau sudu kismis2 sudu kacang kisar20gm cincau
2 skop aiskrim vanila
Cara Membuatnya
campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas atau cawan. Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam cawan. Kalau tak ada selalunya saya pakai ais cube jenis hancur ajerr.. Senang sikit… last sekali klu nak letak aiskrim vanila lagi sedap..Sedia untuk dinikmati 
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

No comments:

Post a Comment